Sunday, August 24, 2014

SAYEMBARA SUARA PUJANGGA

Unit Kemahiran Dinamika sekali lagi telah menganjurkan Sayembara Suara Pujangga sebagai pengisian aktiviti Penghayatan Bulan Kemerdekaan.  Sayembara Suara Pujangga ialah pertandingan mendeklamasikan sajak.  Sajak-sajak bertemakan patriotik telah dipilih sesuai dengan Penghayatan Bulan Kemerdekaan.  Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategoti Bumiputera dan Kategori Bukan Bumiputera.


 Gambar kanan: Salah seorang peserta Bukan Bumiputera
Gambar tengahPeserta Bumiputera
Gambar kiri:  Barisan juri

UJIBAKAT PESERTA NYANYIAN KAKOM 2014

Unit Kemahiran Dinamika Kolej Matrikulasi Kelantan telah diberi tugas untuk menjalankan Ujibakat Peserta Nyanyian KAKOM 2014.  KAKOM 2014 akan diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada Bulan November 2014.

Salah seorang peserta


Ujibakat telah dijalankan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lagu Balada dan Lagu Irama Malaysia.


 

Gambar Kanan para juri mengadili pemarkahan setiap peserta ujibakat



Gambar Kiri menunjukkan para pelajar yang berminat menyaksikan ujibakat sedang dijalankan



 

Tuesday, August 5, 2014

SANTAI HARI RAYA

 3 Ogos 2014 / 7 Syawal 1435

Unit Kemahiran Dinamika KMKt merayakan Idul Fitri pada hari ke 7 Syawal.  Walaupun hanya berlima, kemeriahan tetap dapat dirasakan oleh setiap ahlli unit.
Menu pada hari tersebut ialah Nasi Kapit berlauk Rendang Ayam, keropok dan air teh o.

Rakaman bergambar menunjukkan ahli-ahli unit yang sangat ceria.